Tuesday, April 6, 2010

pendidikan muzik menjana pemikiran kreatif & kritis


Pendidikan muzik dikalangan kanak-kanak seringkali menjadi bualan oleh pelbagai pihak.Hal ini kerana pendidikan muzik senantiasa menjadi bahagian penting di dalam pendidikan kanak-kanak.Contoh yang paling mudah adalah ibu bapa sentiasa mendodoikan anak-anak mereka ketika hendak tidur.

Kajian membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya mampu meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Dr Lihanna Borhan, Pensyarah perkembangan kanak-kanak Universiti Malaya mengatakan bahawa kepelbagaian jenis muzik begitu berguna untuk masa depan bayi kerana ia dilihat mampu memupuk kemahiran menulis, kemahiran membaca dan perbahasan serta keupayaan memulih untuk kanak-kanak.

Kajian Stanford University.


Menurut kajian yang dilakukan Stanford University bahawa muzik mampu:

1) Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia.

2) Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

3) Mempunyai faedah kognitif

4) Keupayaan pemikiran spatial & temporal (yang merupakan asas penting utk matematik & sains) dan pretasi yang baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

5) Peningkatan celik huruf

6) Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat kerana muzik dapat meningkatkan keupayaan mental.

7) Merangsang keyakinan dan harga diri anak-anak anda kerana ia menjadi faktor penting dalam tumbesaran anak-anak.

Gambar menarik pembelajaran muzik.












Friday, April 2, 2010

Penggunaan genderang.

Nyanyian:
1.Detik dalam muzik adalah denyutan(tetap & sistematik) yang dapat dirasai.Contoh kita menepuk tangan, menggoyangkan badan sebagai gerak balas terhadap muzik yang sedap didengari.

2.Aktiviti berikut dapat merasai detik bunyi yang dihasilkan dalam kehidupan harian kita.Seperti berjalan, melompat, memetik jari, menghentak kaki, berlari, menepuk, mengetuk, memukul.

3.Dengarkan detik bunyi jam, bunyi hujan, titisan air paip, denyutan jantung.

4.Guru memainkan lagu.

5.Murid menghasilkan bunyi, membuat gerakan atau perkusi badan untuk merasai detik lagu yang diperdengarkan.

6.Mendengar sambil melakukan aktiviti secara berpasangan seperti menepuk tangankawan, menepuk paha, menepuk bahu kawan, menghentak kaki secara bergilir-giliruntuk merasakan detik lagu.

Tempo:
1.Tempo adalah kelajuan detik dalam muzik.

2.Contoh cepat, sederhana atau lambat.

3.Memainkan lagu-lagu yang mempunyai tempo cepat dan lambat dan mengecam dan nyatakan tempo lagu tersebut.

Tekanan:
1.Meter 2 an, meter 4 an dalam muzik juga dikenal sebagai tanda masa

2.Dalam meter 2 an detik pertama adalah kuat dan detik ke2 adalah lembut

3.Jadi dalam tekanan kiraannya1,2,1,2...Bermakna kuat, lembut, kuat.lembut...

4.Aktiviti ini boleh dilakukan dengan menepuk tangan dengan memberi tekaanan pada tanda<>

Wednesday, March 31, 2010

Alat-alat genderang.


KAYU TIK-TOK



DRUM TENOR



TAMBORIN



DRUM SAMPING


KERINCING



MELODIAN



KASTENET



4 JENIS ALAT GENDERANG

Sunday, March 21, 2010